Sering dijadiakan alasan "masa" menjadi penghalang untuk
berbuat amal kebajikan apatah lagi ibadah. Kalau difikirkan dari aspek
pekerjaan, yang lain pun ade tanggungjawab masing-masing. Tetapi mengapa
masih mampu bagi segolongan pihak menyempurnakannya.
Disini tidaklah saya cuba mengatakan diri saya ini begitu
sempurna. Hanya sedikit pengetahuan yang diizinkan oleh Allah swt
kepada saya untuk dikongsi bersama. Hidup kita yang sangat singkat ini,
penuh dengan banyak perkara dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Tatkala kita sibuk mengerjakan yang lain, kita sering
terlupa mengerjakan yang wajib. Sudah menjadi lumrah kita sebagai
manuasia perlu mencari keperluan dalam hidup. Tetapi apalah salahnya
kalau kita praktikkan masa sedikit untuk menunjuk rasa kasih dan sayang
kita pada-Nya yang Maha Mengasihi lagi Maha Pemberi.
Kalau dilihat dari aspek masa yang sering menjadi
persoalan atau lebih tepat lagi faktor utama kepada kita, kalau tak
silap kita ade 24 jam sehari....Kita berkerja lebih kurang 8 ke 10 jam
sehari, kita berehat lebih kurang 5-8 jam. Kalau dikira masa yang memang
betul-betul kita gunakan lebih kurang....18 jam. Tapi kita ada 24 jam.
Hmm....kita ade lebih kurang 6 jam lagi.
Mari kita lihat berapa banyak masa yang diambil untuk
mengerjakan solat yang telah diwajibkan keatas kita... Kalau saya kira
masa yang diambil kalau kita berjemaah dimasjid.... Kalau 4 rakaat +
wirid + doa = 15 minit. Kalau kita kira purata dalam 15 minit satu
waktu.... 15 x 5 = 1 jam 5 minit. Hmmm...ade berbaki lagi...4 jam
setengah.
Setiap apa yang telah difardhukan ke atas kita adalah
tanggungjawab yang kita perlu lakukan walau dalam apa keadaan sekali
pun. Ini kerana setiap apa yang wajib itu ada kebaikannya. Contohnya
solat itu sendiri. Selain sebagai penenang jiwa ia juga merupakan
"magnet" rezeki. Jadi kenapa perlu kita abaikan..? padahal awalnya tadi
kita sendiri yang sibuk dengan pencarian nafkah hidup. Bila dah
diberikan peluang oleh Allah swt untuk dipermudahkan, kenapa kita perlu
pilih jalan yang susah? Itu baru hanya satu, masih banyak lagi amal
ibadah yang membawa terus menerus kebaikan kepada kita.
Jadi tunggu apa lagi..... Rebutlah peluang sementara kita
masih ade kudrat melakukannya. Janganlah kita berputus asa pada rahmat
Allah, sesungguhnya Allah swt itu Al Rahman.... Al Rahim.... Dan tidak
akan pernah Dia mahu melihat hamba-hambanya dalam kesusahan. Seruan saya
pada diri saya dan yang lain... Marilah kita banyakkan ibadah kita
mudah-mudahan kita akan dirahmatiNya.