Community ini telah dibentuk lebih kurang 2 tahun lepas kot..Budaya melepak dikalangan kami telah menjadi titik permulaan sebelum kami ditubuhkan.Jadi pada dulunya,team nie sekadar suke² je.Tetapi apabila budaya melepak kami, menjana ahli² baru,kami pun bercadang untuk menubuhkan satu kelab(lebih kurang geng ar) ke arah generasi yang lebih inovatif(uissshh).
Bandar Baru Sentul adalah tempat dimana kami bertapak, dan di sini kami mula mengenali antara satu sama lain.Keramaian ahli lebih kurang 60 orang membuat kami semakin kukuh.
Biasenye kelab ,team, atau pertubuhan mesti ade dowang nye kate² semangat kan?Kitorang pun nak jugak..Kitorang pakai 'Bersatu Teguh Aman Selamanya'...perghh..baru unite..motto ni menunjukkan jika kita bersatu, takkan ade perpecahan...so, kalau kite tengok masa sekarang ni,bayak perpecahan yang berlaku dikalangan masyarakat.Baik dari segi negara kita ataupun agama.Jadi,inilah apa yang cuba kami ketengahkan..
Kelab kitorang buat ape? Setelah membuat analisis tahunan,kebanyakkan aktiviti kelab ini tertumpu kepada ahli sahaja..contohnya penglibatan dalam majlis² kenduri, tahlil, aktiviti kemasyarakatan, sukan dan rekreasi.Insyaallah lepas kitorang akan memperbanyakkan aktiviti dengan orang luar...(lebih kurang joint venture la kot)
Faktor umur bukanlah satu syarat untuk join community kami.So sesapepun boleh join kitorang asalkan boleh bekerjasama dengan leader² dan ahli² yang lain.Dengan tertubuhnya kelab ini,kami berharap agar satu hari nanti kelab kami dipandang elok oleh masyarakat sekeliling..
Insyaallah..Alahhuakbar!!!
